Wednesday, November 26, 2008

Lamanya xmengupdet....rasa-rasa macam dah lupa ada blog ni..
raya lepas seperti yang dijangkakan aku beraya di rumah mak di kl......bole tahan juga lamanya dekat seminggu... entah kenapa hubby aku tetiba plak xnak balik umah mak nya cepat2 seperti sebelum nie...aku ok jer lgpun sempat juga melawat kakakku di hospital sg buloh kerana bersalin pd hari raya ketiga...
aku cuma balik umah mak mentuaku seminggu selepas sekolah bermula...itupun sebab dia diserang sakit sendi..
Alhamdulillah segala-galanya baik sekarang nie, samada r/tangga atau anak2..
kewangan pun dah stabil sket wlupun awal2 tahun aritu agak goyah kedudukannya...
Semoga bertambah baik dimasa akan datang, InsyaAllah............

Monday, August 4, 2008

Lamanya tak mengupdet....lupa sebenarnya!!!!
Tak lama lg cuti sekolah datang lg 16/8-24/8/08...Nampaknya cuti ni aku xbalik kl jenguk mak sebab xlama lepas tu dah nak raya..lagipun mak sendiri cakap xpayah balik tunggu raya boleh cuti lama sket.. InsyaAllah
2 minggu lepas aku demam teruk sampai xleh nak bangun ingatkan dah nak 'mati' rupanya nak menambah ahli keluarga... hehe
berita gembira untuk aku, suamiku dan anak-anak sebenarnya sebab dah lama mengharap..
yang pasti mabuknya lebih teruk dari kedua-dua anakku dulu..
Lepas ni xtaulah bila dapat mengupdet lg..
chowwwww

Saturday, June 28, 2008

Selamat jalan..

Esok akanku ucapkan selamat jalan dan jangan datang lagi kepada 'maid'ku.. Lega rasanya bila dia akan balik ke tempat asalnya.. lagipun bukannya senang keadaanku masa dia disini.......... Susah adalah, dengan perangai yang menjelekkan, kuat melawan dan yang paling aku xtahan biadap atau lebih tepat kurang ajar....... Semua orang menyampah bila tengok dia, lebih2 lagi lagaknya macam anak orang berada xsedar diri walhal dia tu pembantu rumah sahaja...
Plan nak ke Tasik Chini minggu depan terpaksa kulupakan apabila hubbyku xbagi sebarang respon atas pelawaanku ........Sebenarnya bukan berjalan atau makan angin tapi nak meramaikan majlis pernikahan sepupuku jer... Takpelah mungkin xde rezeki kali ini dan akan ada lagi nanti sebab ramai lagi anaknya yang belum berkahwin... InsyaAllah.

Sunday, June 22, 2008

Mm..Alhamdulillah hari nie berkesempatan juga aku nak mengupdet.. sibuk sungguh minggu lepas.. rasanya terkejar-kejar kesana kemari.. mana taknya nak ke maxis centrelah, ke pejabat fomema dengan ke sekolah anak lg.. memang sibuk!!!
Akhirnya terlaksana juga hasrat aku nak terminatekan line hpku.. Hubbyku berkursus dua hari pada minggu lepas.. Nasib baik dua hari je kalau dua mingu huru hara kot jadinya.. hari kecaknaan di sekolah anakku berjalan dengan baik walaupun keputusannya tak begitu memberangsangkan padaku..

Saturday, June 14, 2008

Suka duka dalam seminggu

Wow..rasa macam lama sangat terbengkalainya duniaku nie.. Awal2 nie pun dah liat nak mengupdet sok lusa entahlah.. Walaupun hanya seminggu kat umah mak di KL, macam2 hal terjadi.. Aku ni cepat sangat melatah agaknya pasal tulah ada je halnya.. Masa sekolah dulu akulah yang paling digeruni (brutal) tapi bila dah kawen dan berpindah ke Melaka lain pulak jadinya.. Ramai gak kawan2 aku tak percaya aku bertukar dari brutal ke baik..(dah tercampak tempat orang kenalah ikut rentak orang) Itu pendapat aku!

Dalam enam orang adik-beradikku Angah je yang takde di rumah mak.. Sedih jugak bila buat makan2 dia sekeluarga yang takde.. Mak asyik duk sebut tak tanya ke orang Kuang.. Bukan tak tanya tapi dah berkali-kali tanya tapi dia sendiri bagi macam2 alasan nak buat macamana.. Aku ni dahlah nak balik KL macam balik hujung dunia susahnya.. Dah balik orang tak kisah pun.. Walaupun balik KL cuma seminggu aku sempat gak bawak anak2ku ke Genting dgn adik iparku, isterinya dan anak2nya seramai empat orang tuh..

Seperti biasa kalau balik Kl, hubbyku memang tak kuasa nak ikut.. Kali nie alasannya assgment tak siap lagi.. Tapi hari2 bila aku tanya mesti dia kata nak pegi memancing.. aik lapang pulak.. Biasalah kalau dengan anak isteri banyak lak songeh , tapi dengan kawan2 okey je..Kalau dia ikut tentu tak timbul soal aku berchatting atau ???.. Aku tak salahkan dia pun.. Apa-apapun aku tahu apa yang telah terjadi akan menjadi iktibar buatku dalam mengharungi kehidupanku kelak, InsyaAllah..

Masa nak balik Melaka, bertong2 nasihat dari mak ngan alongku.. Hubbyku tak datang jemput pun, abg lang dan adik iwan yang antar sampai depan pintu rumahku.. Macam2 bermain dalam fikiranku masa tu.. Apa jua keputusannya akan ku terima.. Aku hanya mampu berserah kepada ALLAH swt..

Lepas ni tak taulah bila pula berkesempatan nak mengupdet lg.. see yeah!

Tuesday, June 3, 2008

Ikutkan dah beberapa hari balik umah mak kat kl nie tapi baru hari nie baru berkesempatan menuntut ilmu blogger dari 'tok guru'..hehe
Percubaan untuk terjun ke dunia blogger akhirnya berjaya.. Itupun dengan bantuan adikku yang sememangnya dah 'terer' dalam arena blogger nie.. Apa-apapun tq acik!